Monday, January 31, 2011
Nasi Bokhari
Bahan:
1 kg beras basmati
1 liter air
1/2 kg daging..potong dan rebus dgn halia
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
6 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk badam halus
3 biji tomato..belah 4
2 labu bawang besar ..potong dadu
daun pandan..disimpul
daun kari
kismis
garam
Bahan tumbuk halus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/teh jintan manis
1 s/teh jintan putih
1 s/teh kas-kas
3 kuntum bunga cengkih
Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker dan tumiskan bawang
besar sampai wangi. Masukkan bahan yg ditumbuk danbiarkan garing sikit.
2. Masukkan daging yg direbus, tomato puree, susu cair, serbuk badam
daun pandan, daun kari, tomato, kismins, garam dan beras.
3. Masukkan periuk rice cooker kedalam rice cooker dan biarkan
masak saperti biasa.
4. Bila dah kering..kacau nasi cuma satu hala saja...jangan kacau
banyak arah...nanti nasi hancur..
5. Bila hidang...taburkan bawang goreng..sedap dimakan ngan
dalca campur...
Ayam BBQ
bahan-bahan Untuk dkisar (bahan perap)
-3biji bawang putih
-5biji bawang merah
-sedikit halia
-lada hitam (kuantiti mengikut selera)
-serai (1shj)
-sedikit lengkuas (jika ada)
-rempah biji (ikut selera pembaca)(kuantiti mengikut selera)
-cili besar merah (1shj) atau boleh juga Sos Cili
-1camca garam
-1camca gula
-Jika bhn2 ini dirasakan terlalu sedikit, bolehlah ditambah bawang besar)
Ayam
Potong ayam sederhana dan tidak terlalu besar spy apabila dibakar ia cepat masak.
-Ayam yg telah dipotong disapu garam kunyit
- Biarkan 30minit
Cara-cara
1) Bahan-bahan yang telah dikisar td dimasukkan kedalam bekas ayam dan digaul rata
2) Biarkan ia selama 2jam ( 1jam pun ok)
3) Bakar ayam yang telah siap diperap (bahan2 perap td seeloknya ditempel2kan atas ayam yg sedang dibakar..hehe)
4) Bakar sehingga masak
5) Siap dihidang (sedap dimakan begitu shj

Kari Ayam Kering
Bahan-bahan:
- 1kg ayam yg telah siap dipotong
- 20gm cili kering dikisar
- 20gm daun kari
- 50gm bawang besar dikisar
- 30gm bawang merah dikisar
- 30gm bawang putih dikisar
- 30gm halia dikisar
- 80gm serbuk cili
- 20gm serbuk kunyit
- 70gm minyak
- sedikit serbuk perasa
- Goreng ayam dan ketepikan.
- panaskan minyak, masukkan bahan yg dikisar dan kacau hingga garing.
- masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan daun kari. kacau hingga rempah masak.
- Masukkan ayam dangaul sebati.
ni resepi asli dr buku..hehe..
resepi saya len sikit..dan hanya buat utk 10 ketul ayam shj hari ni..
Kari Ayam Kering versi sendiri
Bahan-bahan:
- 10 ketul ayam
- secekak cili kering dikisar
- 2 tangkai daun kari
- 1 ulas bawang besar dikisar
- 2 ulas bawang merah dikisar
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 2cm halia dikisar
- tambah sedikit jintan manis+jintan putih+ketumbar= campuran hanya 1/2 sudu kecil – dikisar
- 1sudu kecil serbuk lada
- 1sudu serbuk kunyit
- sedikit minyak
- garam dan gula
- masukkn sume bahan yg perlu dikisar dlm blender, ..kisarkan..
- masukkan ayam yg telah telah ditoskan airnya kedalam bahan kisar..gaul sebati dan biar 30minit.
- panaskan minyak, (asingkan ayam td) masukkan bahan yg dikisar + serbuk kunyit + lada +garam secukupnya+ gula 1sudu + daun kari dan kacau hingga garing.
- masukkan ayam dan tutup periuk/kuali. biar 10 minit.
- kacau masakan sehingga kering.
- sedia dihidang.
Resipi Ayam Berempah
Bahan 1 (dikisar)
1 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih
Bahan 2
Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
daun kari
garam
Cara-cara memasak
- Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
- dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
- Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas
Perubahan Minda Manusia
Assalamualaikum semua rakan2 FB zam yang mengikuti Blog zam ni ..perubahan..hmm..hidup kita penuh dengan perubahan.. adakalanya berubah menjadi lebih baik, dan ada juga yg berubah menjadi kurang baik dari sebelumnya(jauhkn kami ya Allah).. sedangkan perubahan hidup manusia itu adalah sunnatullah… Manusia berubah secara fizikal n mental setiap saat.. adakalanya perubahan itu diterima dengan redha dan penuh rasa syukur.. tetapi tidak semua dapat menerima perubahan..
Saya telah jalankan kajian di tempat kerja saya..secara umumnya responden2 ditempat kerja saya tidak dapat menerima perubahan yang telah saya lakukan..mereka selesa melihat perkara yang sama, situasi yang sama dan tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada sekeliling mereka. Saya tidaklah begitu pelik, hal ini kerana semua ini bergantung terhadap minda seseorang itu. Mungkin saya akan menggelar orang yang cepat menerima perubahan dengan baik adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sudah pasti seorang yang berfikiran positif. Dia juga mungkin sukar dipengaruhi oleh persekitaran kerana orang sebegini cenderung berfikir dari menerima maklumat secara mentah2 tanpa berfikir panjang.
Bagaimana minda dipengaruhi supaya mereka sukar menerima perubahan? Minda manusia begitu unik ciptaannya, tetapi minda tidak dapat menilai baik dan buruk maklumat secara kasar. Minda berfungsi menyimpan data dan membandingkan data yang diperolehi. Oleh sebab itulah, minda orang yang banyak pengalaman / orang lebih tua cepat menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Hal ini sukar dilakukan oleh minda orang muda yang masih baru tetapi, apabila zaman semakin berubah dan orang muda lebih terpelajar dan terdidik, mereka cenderung berfikir dan membanding untuk membuat pilihan. Hal ini sukar diterima oleh orang tua kerana mereka yang banyak menerima pengalaman pada zaman mereka yang tiada pilihan dan tiada ruang untuk membuat perbandingan.
Saya masih ingat kata2 seorang guru yang pernah memberi motivasi dalam satu kursus di sekolah dulu.
Namun begitu, minda diumpamakan seperti memory di dalam komputer, manakala CPU/ unit pemprosesan pusat yang menjadi pemerintah didalam komputer itu lebih sepadan dengan HATI yang menjadi raja di dalam diri manusia. Hal ini kerana, apabila hati itu bersih, sebanyak mana pun sogokan dan hasutan dari keadaan sekeliling yang cuba menghasut dan menegatifkan perubahan akan dapat dirasai oleh hati. Persoalannya…sebersih manakah hati kita? makanan apakah yang kita beri pada hati/batin? Hiburan? Kemaksiatan?
KESIMPULANNYA:-

“Minda kita menyimpan data yang kita lihat setiap hari, tempat yang kita pergi, perbuatan kita, apa yang kita buat, apa yang kita baca…dan apabila kita berulang-ulang kali melihat perkara yang sama, perkara tersebut akan melekat diminda kita, memenuhi minda kita..dan cenderung mempengaruhi cara pemikiran kita”Oleh itu, kehidupan manusia ini dipengaruhi daripada cara kehidupannya dari kecil lagi..cara didikannya dan nilai-nilai yang dipelajarinya sejak kecil. Kerana semuanya mempengaruhi perbuatan dan cara pemikirannya menilai sesuatu perkara. Lalu, perubahan dapat diterima apabila minda positif dan menilai perubahan secara positif dimana perubahan2 kearah negatif akan ditapis dengan cermat dan teliti.
Namun begitu, minda diumpamakan seperti memory di dalam komputer, manakala CPU/ unit pemprosesan pusat yang menjadi pemerintah didalam komputer itu lebih sepadan dengan HATI yang menjadi raja di dalam diri manusia. Hal ini kerana, apabila hati itu bersih, sebanyak mana pun sogokan dan hasutan dari keadaan sekeliling yang cuba menghasut dan menegatifkan perubahan akan dapat dirasai oleh hati. Persoalannya…sebersih manakah hati kita? makanan apakah yang kita beri pada hati/batin? Hiburan? Kemaksiatan?
KESIMPULANNYA:-
- Ia bermula dengan sebuah amanah dan tanggungjawab terhadap manusia sebagai khalifah dibumi Allah ini, tanpa adanya perasaan ini, manusia tidak dpt menjadikan perubahan ke arah yang lebih baik dan menerima kehadirannya secara positif / bertindak secara positif terhadap perubahan.
- Bermulanya dengan perasaan memikul amanah, manusia pasti tidak akan mensia-siakan setiap saat mereka memijak dibumi Allah ini walau dimana pun mereka berada dan walau apapun gelaran yang mereka bawa..
- seperti.. seorang bapa / ibu yg bertanggungjwb memelihara / mendidik isteri dan anak2. Abang yang bertanggungjawab kpd ibubapa dn adik2nya. Ketua yang bertanggungjwb terhadap anak2 buahnya, guru yang bertanggungjawab terhadap anak didiknya…dan pelbagai lagi gelaran yang manusia pikul dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sewajarnya…
- Tetapi, seperti kata pepatah…”kuman diseberang nampak, gajah didepan mata tidak nampak”. Inilah silapnya manusia…mudah lupa…mudah menuding jari..mudah mengeluh..mudah mengkritik orang lain sedangkan diri sendiri tidak tertunai tanggungjawab mereka…
- Namun begitu, tidak semua yang mengkritik orang lain itu abaikn tanggungjawab yang dipikul…ALHAMDULILLAH…jika mereka ingin menyedarkan orang lain yang terlalai… tetapi, tidak patut jika mereka menuduh dan menyalahkan orang lain tidak ikut menyedarkan manusia yang lalai.. KERANA TIDAK SEMUA MANUSIA ITU MAMPU / BERKELAYAKAN…DAN TIDAK SEMUA JUGA YANG BERKEBOLEHAN.
Saturday, January 29, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)