Saya telah jalankan kajian di tempat kerja saya..secara umumnya responden2 ditempat kerja saya tidak dapat menerima perubahan yang telah saya lakukan..mereka selesa melihat perkara yang sama, situasi yang sama dan tidak selesa dengan perubahan yang berlaku pada sekeliling mereka. Saya tidaklah begitu pelik, hal ini kerana semua ini bergantung terhadap minda seseorang itu. Mungkin saya akan menggelar orang yang cepat menerima perubahan dengan baik adalah seorang yang berfikiran terbuka dan sudah pasti seorang yang berfikiran positif. Dia juga mungkin sukar dipengaruhi oleh persekitaran kerana orang sebegini cenderung berfikir dari menerima maklumat secara mentah2 tanpa berfikir panjang.
Bagaimana minda dipengaruhi supaya mereka sukar menerima perubahan? Minda manusia begitu unik ciptaannya, tetapi minda tidak dapat menilai baik dan buruk maklumat secara kasar. Minda berfungsi menyimpan data dan membandingkan data yang diperolehi. Oleh sebab itulah, minda orang yang banyak pengalaman / orang lebih tua cepat menilai baik dan buruk sesuatu perkara. Hal ini sukar dilakukan oleh minda orang muda yang masih baru tetapi, apabila zaman semakin berubah dan orang muda lebih terpelajar dan terdidik, mereka cenderung berfikir dan membanding untuk membuat pilihan. Hal ini sukar diterima oleh orang tua kerana mereka yang banyak menerima pengalaman pada zaman mereka yang tiada pilihan dan tiada ruang untuk membuat perbandingan.
Saya masih ingat kata2 seorang guru yang pernah memberi motivasi dalam satu kursus di sekolah dulu.
“Minda kita menyimpan data yang kita lihat setiap hari, tempat yang kita pergi, perbuatan kita, apa yang kita buat, apa yang kita baca…dan apabila kita berulang-ulang kali melihat perkara yang sama, perkara tersebut akan melekat diminda kita, memenuhi minda kita..dan cenderung mempengaruhi cara pemikiran kita”Oleh itu, kehidupan manusia ini dipengaruhi daripada cara kehidupannya dari kecil lagi..cara didikannya dan nilai-nilai yang dipelajarinya sejak kecil. Kerana semuanya mempengaruhi perbuatan dan cara pemikirannya menilai sesuatu perkara. Lalu, perubahan dapat diterima apabila minda positif dan menilai perubahan secara positif dimana perubahan2 kearah negatif akan ditapis dengan cermat dan teliti.
Namun begitu, minda diumpamakan seperti memory di dalam komputer, manakala CPU/ unit pemprosesan pusat yang menjadi pemerintah didalam komputer itu lebih sepadan dengan HATI yang menjadi raja di dalam diri manusia. Hal ini kerana, apabila hati itu bersih, sebanyak mana pun sogokan dan hasutan dari keadaan sekeliling yang cuba menghasut dan menegatifkan perubahan akan dapat dirasai oleh hati. Persoalannya…sebersih manakah hati kita? makanan apakah yang kita beri pada hati/batin? Hiburan? Kemaksiatan?
KESIMPULANNYA:-
- Ia bermula dengan sebuah amanah dan tanggungjawab terhadap manusia sebagai khalifah dibumi Allah ini, tanpa adanya perasaan ini, manusia tidak dpt menjadikan perubahan ke arah yang lebih baik dan menerima kehadirannya secara positif / bertindak secara positif terhadap perubahan.
- Bermulanya dengan perasaan memikul amanah, manusia pasti tidak akan mensia-siakan setiap saat mereka memijak dibumi Allah ini walau dimana pun mereka berada dan walau apapun gelaran yang mereka bawa..
- seperti.. seorang bapa / ibu yg bertanggungjwb memelihara / mendidik isteri dan anak2. Abang yang bertanggungjawab kpd ibubapa dn adik2nya. Ketua yang bertanggungjwb terhadap anak2 buahnya, guru yang bertanggungjawab terhadap anak didiknya…dan pelbagai lagi gelaran yang manusia pikul dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan sewajarnya…
- Tetapi, seperti kata pepatah…”kuman diseberang nampak, gajah didepan mata tidak nampak”. Inilah silapnya manusia…mudah lupa…mudah menuding jari..mudah mengeluh..mudah mengkritik orang lain sedangkan diri sendiri tidak tertunai tanggungjawab mereka…
- Namun begitu, tidak semua yang mengkritik orang lain itu abaikn tanggungjawab yang dipikul…ALHAMDULILLAH…jika mereka ingin menyedarkan orang lain yang terlalai… tetapi, tidak patut jika mereka menuduh dan menyalahkan orang lain tidak ikut menyedarkan manusia yang lalai.. KERANA TIDAK SEMUA MANUSIA ITU MAMPU / BERKELAYAKAN…DAN TIDAK SEMUA JUGA YANG BERKEBOLEHAN.
No comments:
Post a Comment