- Oleh kerana keperluan terhadap pemikiran sangat penting, kaedah seseorang menangani pemikiran mempunyai kesan terhadap kualiti penyelesaian masalah dan tingkah laku. Manusia mempunyai kehendak tertentu dan keperluan fizikal dan secara berterusan berjuang untuk memenuhi keperluan tersebut. Manusia akan mati kalau makanan dan air tidak mencukupi, dan ketakcukupan terhadap naluri itu untuk hidup dan pembiakkan akan membawa kepada kesengsaraan. Haiwan juga mempunyai naluri dan keperluan makanan, bezanya kebolehan berfikir, manusia maju dan memenuhi keperluannya selepas berfikir. Masyarakat menjalankan undang-undang, maka kita lihat naluri untuk terus hidup tidak boleh dipenuhi dengan mencuri dari yang lain, atau keperluan seks tidak boleh dipenuhi dengan apa cara sahaja yang kita suka(secara bebas).
- Cara manusia mendekati pemikiran berbeza, pemikiran mungkin secara relatif cetek, dalam atau dalam dan menyeluruh. Pemikiran cetek akan cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan sambil lewa dan membuat keputusan tanpa pemahaman. Pemikiran yang dalam sebaliknya meneliti keadaan sebenar secara terperinci, selepas faham kemudian buat keputusan. Melaluipemikiran dalam dan menyeluruh manusia bukan sahaja memahami keadaan sebenar, tetapi menghubungkan perkara-perkara/aspek-aspek yang ada kaitan dengannya dan selepas itu barulah dia membuat keputusan. Maka seseorang yang membeli meja yang berwarna lagi menarik pada perasaannya terhadap bentuk/rupa atau ukiran berfikir secara cetek, manakala orang yang mengkaji jenis kayu, kekemasan permukaan dan binaan meja berfikir secara dalam. Hanya orang yang mengambil kira faktor ini dan kegunaan meja, saiz bilik yang akan diletakkan dan perbelanjaan, menggunakan fikiran yang dalam dan menyeluruh .
- Manusia boleh memperolehi keperluan dan naluri melalui ketiga-tiga keadaan berfikir, tetapi dengan pemikiran yang dalam dan menyeluruh sahaja mengambil kira keadaan sebenar, maklumat lepas dan semua yang ada kaitan dengannya akan memberikan kejayaan masa depan untuk kita. Pandangan yang semua orang pegang semua jawapan dan boleh bantu semua keputusan untuk dirinya ialah cetek, yang mana dia tidak kenal had keupayaan manusia, atau tidak ambil kira semua perkara dalam persekitaran manusia atau menghubungkan dengan masa itu dan akan datang...
- PENGARUH PEMIKIRAN
Segala impian, segala kebahagian dan kegembiraan datangnya dari pemikiran kita sendiri. Ini kerana pemikiran mempunyai pengaruh secara automatik samada kepada diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat kita. Jika kita lihat ramai orang-orang yang berjaya dalam kehidupan. Bagaimanakah pemikiran mereka ?.
Pemikiran yang terkandung dalam minda sesaorang akan terzahir serta merta. membentuk peribadi, tingkah laku, komunikasi dan tindakan-tindakan seharian.
- Awas....! jika kita tidak berusaha membenamkan pemikiran yang baik dalam diri kita ( minda kita ) sudah tentu orang lain akan dapat menilai prestasi kita melalui personaliti dan tindakan-tindakan kita.
Sepatah ungkapan yang dipertuturkan jika ianya mempunyai nilai-nilai positif, pasti pengaruhnya akan tempias kepada persekitaran kita. Sepatah ungkapan yang tidak baik dipertuturkan juga sudah pasti ianya akan mengundang pengaruh kepada persekitaran.
Samada lambat atau cepat pengaruh itu terjadi dan terhasil, bergantung kepada situasi semasa.
Sebagai renungan kita semua bahawa segala aktiviti dan operasi pembangunan diatas muka bumi ini adalah hasil daripada pengaruh pemikiran manusia.
Termasuklah juga segala musibah dan kehancuran alam ini dengan segala permasalahan ekonomi, sosial dan sebagainya, kesemuanya hasil pengaruh pemikiran manusia.
Sebagai seorang manusia yang mempunyai pengaruh dalam setiap pemikirannya. 'RENUNGKANLAH " Apakah kita seharusnya melemparkan pemikiran-pemikiran kalut di alam dunia ini, pertelagahan, permusuhan, persengketaan atau apa-apa juga tindakan negatif. Aduhai saudaraku. kalau sejuta pemikiran kalut sehari dihasilkan oleh rakyat Malaysia, maka tempiasnya sejuta masalah dan kekalutan juga lah bakal ditanggung oleh Malaysia. Itu sehari, kalau sebulan... Bagaimana..?
- Renung2kan lah...
No comments:
Post a Comment