Monday, March 7, 2011

Tips Motivasi – 3 Perkara Perlu Digabung Jika Mahu Komited Ke Arah Kejayaan by tzam & azril

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.

Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.
Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!

Berani Gagal

Orang yang berani gagal adalah orang yang memiliki jatidiri tinggi.


Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil “high self esteem”. Manakala orang yang takut gagal adalah orang yang memiliki jatidiri rendah, dipanggil “low self esteem”.
Orang yang berani gagal akan bangkit terus setelah ditimpa kegagalan. Orang sebegini tak akan meratapi kegagalan yang dilaluinya.
Dia menjadikan kegagalan tu sebagai cara untuk dia belajar perkara yang betul, selepas tu dia akan usaha lagi dengan teknik yang lain.

Orang yang takut gagal apabila ditimpa kegagalan akan lebih banyak meratapi kegagalan dan mencela-cela kesilapan dirinya kerana tiba-tiba ditimpa kegagalan. Kegagalan ada musibah besar buat dirinya.
Dia takut mencuba perkara yang baru sebab dia takut kegagalan lalu berulang lagi. Akhirnya, orang sebegini tersungkur di tengah jalan. Kalah sebelum berjuang simply sebab dia tidak mahu mempelajari perkara baru atau melakukan perkara-perkara baru.

Attitude berani gagal adalah attitude yang membuat sesiapa saja maju ke depan, dapat mencapai berbagai jenis kejayaan dan memiliki berbagai kemahiran sebab orang sebegini berani mencuba dan sanggup mencubas berkali-kali sehingga dia puas hati.

Untuk kita jadi orang yang berjaya, kita mesti ada atttitude sebegini supaya kita boleh terus maju, terus bermotivasi dalam merealisasikan apa jua matlamat yang kita usahakan.

Saturday, February 26, 2011

MY COLLECTION: MUAR, JOHOR (2008)

Masjid Sultan Ismail, Muar, Johor


Waktu senja di Selat Melaka, Muar


Parit Jawa, Muar

Friday, February 25, 2011

Sambal Tauhu Udang Kering..




Bahan-bahan
• 3 biji tauhu- digoreng dahulu
• 2 ulas bawang merah*
• 1 ulas bawang putih*
• Sedikit belacan* (bahan-bahan ini ditumbuk halus)
• Air asam jawa
• ¼ cawan udang kering –digoreng dahulu
• Garam dan perisa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama cili kisar. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak
2.Masukkan air asam jawa. Kacau dan masukkan udang kering
3.Tambah garam dan perisa.
4.Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng. Gaul-gaulkan dengan sambal agar rata. 
5. Siap dan sedia dihidangkan

Daging Masak Lada Hitam



Bahan-bahan
1 kg daging
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu cili kisar
Lada hitam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Gula
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga daging empuk.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Tips
  1. Untuk lebih sedap, perap daging bersama-sama lada hitam, bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar.
  2. Boleh masukkan capsicum untuk lebih sedap dan lebih menarik.
  3. Boleh juga nak masukkan kentang. Kentang boleh menyerap air yang berlebihan.
OM: Tak plan pun nak masak daging black pepper ni. Jadi presentation nampak simple sangat sebab tak sempat nak beli capsicum atau daun parsley sebagai hiasan. Saya guna serbuk lada hitam, so dalam gambar tak nampak lada hitam tu. Kalau boleh guna la lada hitam yang bukan serbuk, nampak lagi cantik.

Resepi Kerabu Jantung Pisang



Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1 ekor ikan (dikukus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
5 bili cili merah (dihiris)
1 senduk santan
1/2 biji limau nipis
Garam
Gula
Cara-cara
  1. Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk.
  2. Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.
  3. Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. Gaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.
  4. Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.
  5. Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan.
  6. Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.
Kerabu jantung pisang ni salah satu menu berbuka puasa di rumah saya semalam. Ini percubaan pertama saya masak kerabu jantung pisang guna resepi mak saya. Sebenarnya saya ada ubah sikit resepi sebab malas nak beli ikan. Almaklumlah ikan-ikan kat Aussie ni mahal sikit. Kitorang kat sini selalunya makan ayam je setiap hari. So sebagai ganti ikan kukus, saya guna ikan bilis yang dikisar bersama-sama lada hitam dan bawang merah. Lagi satu, jangan masak lama-lama santan tu sebab kalau pecah minyak, nanti rasanya tak sedap. Panaskan dalam 2-3 minit je.

Resipi Ayam Masak Bali...resipi turun temurun...cuma gambaq aja dari web..hehee





Bahan-bahan
Ayam 1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
Cara-cara
  1. Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
  2. Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
  4. Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.